Tuesday 14 January 2014

Merawat masalah buasir dengan vitamin shaklee

Kejadian buasir atau Hemmoroid
iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus).

Saya ingin berkongsi berkaitan buasir kerana buasir ini sering menyerang kita terutama wanita hamil atau berpantang. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang akan mengalami buasir ketika hamil,jadi sedikit info ini mungkin boleh membantu anda di luar sana..

Terdapat 2 jenia buasir iaitu :

Buasir Luar
°Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di
luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam
°Buasir jenis ini berlaku di bahagian
dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Penyebab Buasir

Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan saat membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi dan tabiat duduk di toilet terlalu lama sambil membaca atau
mendengar muzik.

PENYEBAB UTAMANYA
■ Sentiasa duduk
■ Meneran (ketika najis keras atau sembelit) Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan diwaktu membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi.
■ Cirit-birit
■ Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama sambil membaca atau mendengar muzik
■ Batuk yang teruk
■ Bersalin
■ Mengangkat berat

Faktor lain yang termasuk diantaranya adalah
Kehamilan, Proses Penuaan, Konstipasi Kronik atau Diarrhea serta Hubungan Sex melaluai Anal. Buasir sering terjadi di dalam ahli keluarga, jadi Faktor Keturunan adalah salah satu faktor penting terutamanya apabila buasir terjadi pada umur yang agak muda.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

°Rasa sakit yang berdenyut-denyut
°Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
°Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur
°Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
°Ada yang tidak mengalami pendarahan,
tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
°Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Kita bole melakukan pencegahan awal untuk mengelakkan buasir,antaranya :

1) Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.

2)Pengambilan ubat laxative
Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.

3)Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir.

KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN TRADISIONAL UNTUK BUASIR.

Kaedah rawatan dengan herba atau tumbuhan
Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya
sehingga mendidih. minumlah air tersebut 2 kali sehari. INSYAALLAH...

Adakah vitamin dari shaklee dapat membantu pesakit buasir?
Insyaallah jika kita yakin dan percaya,semua penyakit pasti ada ubatnya...

Jika anda yakin dengan shaklee,set untuk buasir yang kami tawarkan ialah :

ostematrix
Omega guard
zinc complex

OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan
mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.
Zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Jika anda berminat,pm saya untuk mendapatkan consultation percuma.

COD:FELDA BESOUT,SUNGKAI

#jom#Sehat#dengan #shaklee

No comments:

Post a Comment