Saturday 11 January 2014

Atasi masalah tekanan darah tinggi dengan shaklee

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah kepada dinding arteri. Jantung akan mewujudkan tekanan apabila ia mengepam darah kepada badan.

1)Apakah tanda-tanda anda mengalami darah tinggi?

°Selalu pening kepala
°Mudah Letih
°Banyak Berpeluh
°Sentiasa tidak cergas

Anda dinasihatkan menemui doktor jika sering mengalami simptom2 seperti yang telah dinyatakan seperti diatas untuk memeriksa tekanan darah.

2)Bagaimana membaca tekanan darah?

Ada 2 jenis bacaan seperti ini
BP 140/90 mmHg
Nilai tinggi (140) = tekanan darah *sistolik
Nilai rendah (90) =tekanan darah **diastolik
*Sistolik - tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah
**Diastolik -  tekanan darah dalam arteri bila jantung
berhenti mengepam di antara dua denyutan

3)Siapakah yang berisiko untuk mengidap tekanan darah tinggi ini.

°Orang dewasa yang berusia pertengahan dan warga tua, tetapi terdapat juga kes pada zaman sekarang dimana golongan muda juga mengidapnya
°Darah tinggi dan penyakit jantung lebih banyak
menyerang lelaki berbanding wanita Walaubagaimanapun, ia tidak bermaksud wanita tidak boleh mengidap darah tinggi.
°Mempunyai keturunan yang mengidap darah tinggi
°Pengambilan garam yang berlebihan
°Tidak mengamalkan gaya hidup sihat(bersenam dan makan secara sihat)
°Mengamalkan pengambilan ubat pencegah hamil
°Mempunyai penyakit buah pinggang

4)Apakah kesan lanjut dari darah tinggi?

°Kegagalan jantung untuk berfungsi
°Serangan sakit jantung
°Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik
°Stroke atau angin ahmar

5)Bagaimana darah tinggi boleh dicegah?

°Amalkan gaya hidup sihat – selalu bersenam, tidak merokok
°Amalkan pemakanan sihat – jauhi alkohol, makanan yang tinggi kandungan garam dan makanan berlemak
°Belajar mengawal stress – Stress atau tekanan adalah pembunuh senyap
°Melakukan pemeriksaan tekanan darah berkala

6)Adakah rawatan tradisional untuk merawat darah tinggi?

Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan
tenangkan fikiran dari segala stress.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit.
5.Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats
ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dan lebihkan
sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!

7)Adakah vitamin shaklee dapat membantu pesakit darah tinggi?

Ya..saya akan mengesyorkan anda 3 jenis vitamin iaitu omega guard,alfafa dan garlic..

Garlic
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

OmegaGuard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk
mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi).
Menurut kajian terbaru dari American Heart
Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Alfafa
untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah.

Jika anda mementingkan gaya hidup sehat..jom sehat dengan shaklee..saya akan membantu anda dan memberi khidmat nasihat secara percuma..

COD:SUNGKAI,FELDA BESOUT

No comments:

Post a Comment