Friday, 27 December 2013

Adakah shaklee ini halal?

Assalamuailaikum....

Hari ni adalah hari jumaat terakhir dalam tahun 2013..semoga kita akan berjumpa dengan jumaat untuk hari2 berikut..

Apabila kita memakan makanan tambahan atau vitamin kesihatan perkara utama yang diajukan ialah status halal?adakah  shaklee ini halal?

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran.Malaysia dihasilkan di kilang.yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).Hasil carian maklumat penulis Halalscience.com di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Oleh itu, kepada pengguna-pengguna beragama Islam,anda tidak perlu lagi risau mahupun was-was kerana kesemua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia dijamin HALAL mengikut syarak.

No comments:

Post a Comment